Blog Archives

Zulfahmi Delivers Malaysia’s First MotoGP Podium

JANJI Muhammad Zulfahmi Khairuddin untuk menaiki podium di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali gus mencipta sejarah untuk negara, menjadi realiti apabila pelumba sensasi berusia 21 tahun itu menduduki tempat kedua saingan Moto3 semalam walaupun dia sebenarnya hampir memenangi perlumbaan itu.

Jika tidak kerana kesilapan ketika dua selekoh terakhir menuju ke garisan penamat yang memberi ruang kepada pelumba Red Bull KTM Ajo, Sandro Cortese memintas untuk memenangi perlumbaan itu, Zulfahmi sudah pasti menikmati kejayaan lebih manis di depan penyokong sendiri.
Namun tempat kedua dengan catatan 40 minit 54.151 saat sudah memadai buat pelumba AirAsia SIC Ajo itu untuk mencuri tumpuan 77,000 penonton yang hadir di SIC untuk menyaksikan saingan itu.

Pada perlumbaan itu, Zulfahmi yang bermula di petak pertama, bagaimanapun ketinggalan seawal pusingan pertama selepas Jonas Folger memotongnya dan memimpin saingan sehinggalah pertengahan perlumbaan.
Namun di pusingan ke-11, pelumba dari Banting, Selangor itu memotong Folger dan memimpin saingan sehingga pusingan terakhir tapi Cortese yang sudah mengesahkan kejuaraan dunia bagi kelas Moto3 hasil kemenangan semalam, memintasnya pada dua selekoh terakhir itu.
“Saya melakukan kesilapan di dua selekoh terakhir itu dan ia membenarkan Cortese untuk memintas saya. “Saya cuba untuk berada semula di depan pada selekoh terakhir tapi saya terlewat menekan brek. Kami bergesel sedikit dan saya kemudian memutuskan tempat kedua lebih baik daripada terjatuh.

“Apapun, saya memang percaya sebelum perlumbaan, peluang untuk menaiki podium agak cerah kerana jentera saya berada dalam keadaan terbaik. Kedudukan kedua itu sudah cukup baik tapi saya percaya kemenangan akan hadir tidak lama lagi. “Terima kasih juga kepada semua penyokong yang hadir di Sepang,” katanya yang menyambut hari jadi kelmarin.
Cortese yang juga rakan sepasukan Zulfahmi, memenangi perlumbaan sekali gus muncul juara dunia dengan pungutan 280 mata manakala tempat ketiga milik Folger. Cortese mencatat 40:54.123s manakala Folger, 40:54.370s.

Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan akan menyertai Grand Prix Australia, minggu depan.

Sumber: Harian Metro

Follow Zulfahmi di Official FB Fanpage

Ulasan: Anak sy Danial (7 Tahun)  minat sangat dgn MotoGP ni, asyik ajak pergi Sepang.Sibuk dok tanya Sepang tu dekat mana..Putrajaya ker..hihi.Ni semua pengaruh main game MotoGP la ni.Cita2 pun nk bawak MotoGP..ish risau mama dia bawak2 moto ni..hahaha

Beyond Water

Keperluan Bagi Anda yang Menyayangi Diri dan Keluarga

My Genius Baby - Qarissa & Quzayra

Apa Sajer ttg Kehidupan

Pakar Pemakanan

Pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, ibu, wargaemas dan masyarakat keseluruhannya

zaharuddin.net

Apa Sajer ttg Kehidupan

Ibu Bapa Bijak

Apa Sajer ttg Kehidupan

Apa Sajer ttg Kehidupan

Apa Sajer ttg Kehidupan

masam manis

Apa Sajer ttg Kehidupan

ondscene.my

Reality in Real Life