Kek Red Velvet Meletops

Salam,

Mesti ramai yang dah pernah makan kek Red Velvet kan. Saya dgn family plk inilah baru first time nak cuba Red Velvet.hihi.So, masa birthday husband baru ni sy order kek ni secara online di Facebook iaitu dgn Anies Bake House.Sedap kek ni, beza kek ni daripada kek biasa sebab ianya berwarna merah seperti baldu dan cream pulak guna cheese cream.So rasanya masam2 manis..Alhamdulillah husband dgn anak2 suka.Sy request theme MU with cream roses design.Overall nmpk merah putih kan mcm MU  tp silap plk kami semua tak pakai baju warna putih atau merah kan..hihi.

Happy Birthday to Abah..We all love you…

Advertisements

63 petua untuk amalan pasangan suami isteri

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
Read the rest of this entry

Aquarium Kecilku…Ikan oh Ikan

Salam,

Saya suka lihat ikan berenang2 di akuarium, kadang2 kalau pergi shopping kompleks mesti singgah usha2 dulu kat tempat kedai jual ikan hiasan.Rasa leka jer tgk ikan2 yg cantik berenang..rasa nak jadik mcm  ikan tu pun pernah tau..hahaha.Biasa suka tgk jer nk bela tu tak reti..kalau pernah beli pun sekejap jer hidupnya,seminggu lepas tu tamat dah riwayat ikan2 ku tue..huhuhu..Maklumlah ilmu nk bela ikan pun tk tuntut..hentam jer .Gambar kat atas tu adalah salah satu ikan yg pernah sy try test nk bela..hahaha..cantikkan..

Kat bwh ni antara tips yg ada lepas tanya cik google.

Tips yg perlu diketahui bila pertama kali membela ikan Gapi

  • Anda perlu ada akuarium dengan keluasan mencukupi
  • Anda juga perlu mempunyai extra pam oxigen kalau plan nak membela ikan banyak (macam saye) dan bersaiz besar. Kalau nak bela ikan mas, extra oxigen adalah satu kewajipan sebab ikan ini sensitif dan manja perlu ada makanan ikan (palet) yang sesuai dengan saiz mulut mereka
  • perlu juga ada anti klorin dan ada anti alga ckit sebab takut jangkitan kulat kat kulit ikan (tompok tompok putih) semua ni pakai 2-3 titik atau 1 penutup utk akuarium saiz besor. Kalau banyak nanti ikan mati pulak sebab PH air tak stabil.
  • dinasihatkan letak batu2 kecik ckit kat bawah aquarium supaya jadi tempat pengumpulan sisa kumbahan dorg ni (dapat elakkan air keruh dengan cepat) dan juga tempat pengumpulan sisa makanan yang dorang tak habis makan, kalau dorang lapar dorang pandai la nak cari kat mana
  • jangan bagi makan dengan kerap, sebab ikan tak reti kenyang. Tau tau dah nyawa-nyawa ikan sudah
  • dan jangan terlebih rajin nak tukar air selalu. Ikan tak suka air yang terlalu bersih sebab dorang memerlukan bakteria ckit dalam cycle hidup dorang. Seeloknya seminggu sekali la.
  • p/s: ikan pun tak suka sangat bepindah randah, jadi kalau nak ubah suai akuarium tu masukkan dorang slow2, supaya dorang tak tekejut. Nanti kena heart attack ke susah.

Credit To hobbyperempuan diatas tips nya  ni.Patutlah ikan sy selalunya tau tau dah nyawa-nyawa ikan  sbb kerap bg dia makan..hahah

Didik anak guna kaedah ‘Shichida Methods’

Hari ni masa susun dan kemas folder2 dalam external hardisk,terjumpa satu artikel menarik berkaitan kaedah mendidik anak iaitu Shichida Methods.Mesti ramai pernah dengar mengenai kaedah ni kan.Sy pernah baca artikel ni masa tahun 2008,then sy simpan sbb bg sy kaedah ni sgt bagus dan excited nk cuba pd anak2. Sy pernah cuba buat pada anak semasa dia hendak lelapkan mata, dlm dua tiga hari dah nmpak perubahan pada anak sy..mmg berkesan.Teringat semasa dekat universiti dulu sy pernah menghadiri kursus berkaitan ‘subconscious mind/minda separa’ yg mana kita boleh mengawal dan mencapai apa sahaja walaupun benda  mustahil iaitu  hanya dengan menggunakan teknik kawalan minda, contoh yg sy igt prof tu dok bgtau kalau kita aim nk motor besar..sebelum tidur kita kene fikir motor tu ada kat depan pintu rumah hari2..mesti dapat punya..hahaha..lebih kurang mcm tu la..dh tk igt lama sgt..hihi.ok lah kat bawah ni sy sharekan artikel yg sy dpt dr email tak silap dulu..tp maaf sbb dh lama  sumber asal sy tak jumpa.Thnx pd penulis asal atas perkongsian ini.

Shichida Methods
Beberapa minggu lepas boss aku bgtahu aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas, yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.
Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur , ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek.. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. . macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.

Read the rest of this entry

Eksperimen kesan tonton filem ganas


Hari ni baca kat paper HMetro berkaitan budak sekolah rendah yang dibuli dan membuli rakan2 sekelas teringat anak2 saya. Sbb sy pun pernah risau bila anak sy sendiri berusia 4 dan 7 tahun pernah menonton cerita2 ganas seperti filem Kongsi.Kesannya selepas itu dia meniru setiap aksi,gaya percakapan gangster didalam cerita tersebut semasa bermain dgn adiknya.Setiap dialog seperti membunuh pun mereka hafal.Bila kita tanya cita2 nk jadi apa..nk jadik macam Kongsi kerana heronya diangkat berbanding karekter polis.Bila besar nak pergi Thailand…aduh sbg ibu risau betul sy..

Sekarang ni banyak sangat filem-filem tempatan bercorak ganas spt kongsi,gangster dan macam2 lagi tajuk.Teringat zaman belajar dulu, masa tu selalu kena buat karangan berkaitan Kesan Menonton Filem Ganas,Seks dan Lucah dari Barat.Banyak kesan-kesan negatif berbanding positif yg diceritakan dan disenaraikan oleh pakar2 pendidik tapi sekarang dimanakah suara-suara itu, kita bukan sahaja bimbang dengan filem Barat yang sememangnya diketahui membawa budaya ganas dsbgnya tetapi kini filem tempatan juga memaparkan aksi2 ganas,bermacam cerita bercorak ganas yang agak tidak sesuai dengan masyarakat melayu ditayangkan seolah-olah ianya merupakan satu hiburan kepada masyarakat.Kadang-kadang waktu kita menyambut hari raya pun ada ditayangkan untuk tontonan seisi keluarga.

Bagi kita golongan dewasa mungkin dapat berfikir baik buruknya dan ianya sebagai hiburan dan lakonan semata2, tetapi bayangkan filem bercorak sebegitu ditonton oleh generasi muda yang masih segar dan kosong pemikirannya umpama span menyerap semua yang ada dipersekitarannya?.Anak-anak yang baru mengenali dunia ini mungkin terkeliru dgn mengatakan inilah budaya kita.

Kat bawah ni artikel yang saya baca hari ni di Harian Metro: Read the rest of this entry

Shila Amzah Juara Asian Wave

Shila Amzah telah berjaya merangkul gelaran juara pada Pertandingan akhir Asian Wave semalam (20 September 2012) setelah pihak juri sebulat suara memilihnya setelah selesai persembahan ketiga2 pusingan.Pada pertandingan akhir itu Shila telah memenangi kedua2 pusingan dan juga pusingan penentuan(pusingan ketiga).Dia telah mempersembahkan lagu Jaclyn Victor iaitu Gemilang, Lagu ‘Grenade’ nyanyian asal Bruno Mars dan juga lagu berbahasa Cina yg berjudul ‘Zheng Fu’.
Rakyat Malaysia berbangga kerana dia yg mewakili Malaysia telah mengharumkan nama negara setelah berjaya mengalahkan peserta2 dari negara Asian lain seperti India, China, Thailand,Singapura dan Korea Selatan.


Nasik Lemak Ujang Corner

Salam,

Entry pasal makan-makan yang first ni nk citer pasal Restoren Nasik Lemak Ujang Corner di Bandar Baru Selayang, baru jer mkn kat situ td.First time mkn kat sini.Akhirnya jumpa juga tempat mkn nasik lemak time mlm2 ni..hihi,biasanya kalau sy rasa nk mkn malam2 ni mcm susah nk jumpa jer cuma yg sy tahu ader di Kg Baru, Nasik Lemak Antarabangsa dgn Nasik Lemak CT Garden.
Sebelum ni pernah sekali masa pergi pusing2 kat area BBS tu ternmpak signboard Nasik Lemak Ujang Corner, waktu tu rasa cam teruja(haha) sbb nasik lemak ada jual dlm kedai,besar plk tu kedai nya.Biasa jarang ada restoren nama Nasik Lemak..hihi, terfikir gak mesti sedap ngan famous ni sampai bukak kedai khas, tp time tu dh kenyang so tk teringat nk try..
Kebetulan td pergi area tu ternmpk lagi sekali restoren, siap org beratur lagi..time tu baru pukul 8 mlm, apalagi join sekali la beratur.. mmg dr siang terasa nn mkn nasik lemak.Kebanyakkan yg pergi sini tapau jer..km sekeluarga duduk mkn kat situ, sepjg masa tu mmg org sentiasa ada beratur tk putus, semua bangsa ada Melayu, Cina,India.Tk silap sy restoren ni bukak dari 6 petang hingga ke lewat mlm..terlupa nk pastikan betul2 td.
Pasal menu plk ada mcm2 lauk..antaranya ada sotong, ayam rempah, ayam masak merah, rendang kerang , paru goreng berlada,rendang limpa,rendang daging, ikan keli,telur goreng dll..Semuanya nmpak bersih.Sedap dan boleh tahan gak nasik lemak dan lauk pauknya..cuma sambalnya tk kena dgn taste sy..tp keseluruhannya ok la..sbb pasni terasa nk mkn nasik lemak time mlm2 sy akan pergi lagi, sy ni kira cerewet sikit, kalau sekali mkn rasa tk sedap@best mmg sy tk akan jejak dh..huhu.So nasik Lemak Ujang Corner sy bg drpd 5, 4 bintang….

Nasik lemak yang kami mkn iaitu berlauk ayam masak merah,paru goreng bercili dan rendang daging

Antara pilihan lauk dan juga sausana di kedai

Read the rest of this entry

Mandarin Song-Siti Nurhaliza&Shila Amzah sama hebat

Bila tulis entry pasal Shela Amzah menyanyi lagu Forever Love dlm bahasa mandarin semasa Pertandingan Asian Wave Shanghai,teringat plk satu video Siti Nurhaliza menyanyi lagu mandarin semasa 15th Golden Melody Award di Taiwan ketika dulu.Pada waktu ni Siti menyanyi lagu yang berjudul Zheng Fu nyanyian asal penyanyi Cina iaitu Na Ying, Single ini diambil daripada album mini Siti “My Samsung My World”.Album ni diterbitkan ketika Dato Siti menjadi juruckp kpd Samsung company. Dlm program ni juga, Dato Siti berduet dgn penyanyi terkenal Taiwan iaitu Lee Hom menerusi lagu yg berjudul “The Moon Represents My Heart”.Lagu yg sgt terkenal satu ketika dulu ini asalnya dinyanyikan oleh Teresa Teng iaitu seorg Diva di Taiwan kemudian Dato Siti rekod semula dan menyanyi mengikut versinya sendiri.Sememangnya Dato Siti layak digelar sbg “Malaysian’s Songbird aka The Voice of Asia”.

Read the rest of this entry

Shila Amzah pikat juri dan penonton di Asian Wave Shanghai

Salam,

Berulang-ulang kali sy tengok video persembahan Shila Amzah semasa Pertandingan Asian Wave di Shanghai yang sedang berlangsung sehingga hari ini (20 Sept),kagum dan minat plk kat Shila Amzah. Suka dengar dia bawa lagu Forever Love(penyanyi sebenar Wang Lee Hom), dan lagu Set Fire to The Rain nyanyian asal Adele…,terus suka kat lagu ni padahal tak pernah dengar la plk sebelum ni ..hihi.Skang,dia berjaya ke final…tgk link ni http://www.kankanews.com/z/sAsian/astp.shtml mcm dia di tempat kedua..hehe..teka jer tk faham semua tulisan mandarin.Boleh vote ker??? hihi

Sebenarnya dr awal kemunculan Shila dlm dunia hiburan sy dah agak dia akan mencipta nama bila besar dan maybe dia bakal menggantikan Dato Siti Nurhaliza..ingat lg sy tonton Rancangan yg pagi2 kat RTM @ TV3(tk pasti sbb dh lupa),Shila muncul dgn ayah nya ND Lala masa tu mempromosikan lagu2 patriotik, masa tu cd diedarkan disekolah2(tk silap sy)…sememangnya ND Lala berjaya mendidik dan memberikan galakan kepada anak kesayangannya sehingga kini untuk berjaya dalam bidang seni, perasan dlm video nnti ada ND Lala tersenyum bangga..Tahniah untuk Shila dan ND Lala..(hahaha, mcm la derang baca blog ni) 🙂

Suke la Shila nyanyi lagu2 ni..suke..suke..jom tengok..

Lagu yg dinyanyikan pada pusingan kedua

Read the rest of this entry

Ini bukan IPTA Gangnam Style…

Salam,

Malam ni hasrat hati nak tgk lagi sekali video kat youtube pasal IPTA Gangnam Style tu tapi dh didelete daripada youtube,dlm mencari tu terjumpa plk video ni, tgk Dewan Muadzam Shah teringat kembali zaman belajar di UUM dulu,dewan ni sy pernah gunakan untuk konvo,ambik exam,tgk konsert nasyid…cpt betul masa berlalu, dulu tak ada acara suai kenal mcm ni,tk merasa la nk menari…hihi, tp kesian pun ada tgk adik2 ni, ada tu yg nmpak mcm terpaksa menari jer…hihi. Apa pun jom kita tgk video kat bwh ni mmg real mcm dlm citer hindustan tu la..tetiba sy terfikir, suai kenal di universiti kat India secara realiti sama tk dgn apa yg dipaparkan dlm filem2 nya?.Sekali sekala beraksi mcm hero heroin hindustan walaupun dh masuk universiti,biasanya masa kat tadika jer kene menari..jom layannnn Bollywood style plk..

Beyond Water

Keperluan Bagi Anda yang Menyayangi Diri dan Keluarga

My Genius Baby - Qarissa & Quzayra

Apa Sajer ttg Kehidupan

Pakar Pemakanan

Pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, ibu, wargaemas dan masyarakat keseluruhannya

zaharuddin.net

Apa Sajer ttg Kehidupan

Ibu Bapa Bijak

Apa Sajer ttg Kehidupan

Apa Sajer ttg Kehidupan

AnakKusaYang.com

Apa Sajer ttg Kehidupan

masam manis

Apa Sajer ttg Kehidupan

ondscene.my

Reality in Real Life