Category Archives: News Review

Mama Bosan vs Mama Busy

Baca paper HMetro bahagian utama hari ni,tak terulas aku..hahha..MAMA BOSAN ker MAMA BUSY ker hakikatnya sedikit sebanyak anak2 mesti terabai kalau dah mak2 nyer dok depan komputer atau laptop..maklumlah zaman skang zaman serba canggih ,dunia tanpa sempadan.Mak2 pun ramai yg pandai menggunakan  teknologi yg ada.Anak2  ku pn  kdg2 tak terurus gak biler mak nyer mengadap pc,padahal  curi2 masa nk suft internet atau buat kerja, tk lama pun itupun anak2 ku dah rasa mcm terabai sket..sket jer..hahah.Inikan pulak kalau mak2 yg ketagih main game mcm ni. Kesian anak2 kalau jadi mcm ni.Semoga aku menjadi org yg bijak menguruskan masa supaya minat dan tanggungjawab dapat dilaksanakan sebaik mungkin..

Advertisements

Zulfahmi Delivers Malaysia’s First MotoGP Podium

JANJI Muhammad Zulfahmi Khairuddin untuk menaiki podium di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali gus mencipta sejarah untuk negara, menjadi realiti apabila pelumba sensasi berusia 21 tahun itu menduduki tempat kedua saingan Moto3 semalam walaupun dia sebenarnya hampir memenangi perlumbaan itu.

Jika tidak kerana kesilapan ketika dua selekoh terakhir menuju ke garisan penamat yang memberi ruang kepada pelumba Red Bull KTM Ajo, Sandro Cortese memintas untuk memenangi perlumbaan itu, Zulfahmi sudah pasti menikmati kejayaan lebih manis di depan penyokong sendiri.
Namun tempat kedua dengan catatan 40 minit 54.151 saat sudah memadai buat pelumba AirAsia SIC Ajo itu untuk mencuri tumpuan 77,000 penonton yang hadir di SIC untuk menyaksikan saingan itu.

Pada perlumbaan itu, Zulfahmi yang bermula di petak pertama, bagaimanapun ketinggalan seawal pusingan pertama selepas Jonas Folger memotongnya dan memimpin saingan sehinggalah pertengahan perlumbaan.
Namun di pusingan ke-11, pelumba dari Banting, Selangor itu memotong Folger dan memimpin saingan sehingga pusingan terakhir tapi Cortese yang sudah mengesahkan kejuaraan dunia bagi kelas Moto3 hasil kemenangan semalam, memintasnya pada dua selekoh terakhir itu.
“Saya melakukan kesilapan di dua selekoh terakhir itu dan ia membenarkan Cortese untuk memintas saya. “Saya cuba untuk berada semula di depan pada selekoh terakhir tapi saya terlewat menekan brek. Kami bergesel sedikit dan saya kemudian memutuskan tempat kedua lebih baik daripada terjatuh.

“Apapun, saya memang percaya sebelum perlumbaan, peluang untuk menaiki podium agak cerah kerana jentera saya berada dalam keadaan terbaik. Kedudukan kedua itu sudah cukup baik tapi saya percaya kemenangan akan hadir tidak lama lagi. “Terima kasih juga kepada semua penyokong yang hadir di Sepang,” katanya yang menyambut hari jadi kelmarin.
Cortese yang juga rakan sepasukan Zulfahmi, memenangi perlumbaan sekali gus muncul juara dunia dengan pungutan 280 mata manakala tempat ketiga milik Folger. Cortese mencatat 40:54.123s manakala Folger, 40:54.370s.

Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan akan menyertai Grand Prix Australia, minggu depan.

Sumber: Harian Metro

Follow Zulfahmi di Official FB Fanpage

Ulasan: Anak sy Danial (7 Tahun)  minat sangat dgn MotoGP ni, asyik ajak pergi Sepang.Sibuk dok tanya Sepang tu dekat mana..Putrajaya ker..hihi.Ni semua pengaruh main game MotoGP la ni.Cita2 pun nk bawak MotoGP..ish risau mama dia bawak2 moto ni..hahaha

Eksperimen kesan tonton filem ganas


Hari ni baca kat paper HMetro berkaitan budak sekolah rendah yang dibuli dan membuli rakan2 sekelas teringat anak2 saya. Sbb sy pun pernah risau bila anak sy sendiri berusia 4 dan 7 tahun pernah menonton cerita2 ganas seperti filem Kongsi.Kesannya selepas itu dia meniru setiap aksi,gaya percakapan gangster didalam cerita tersebut semasa bermain dgn adiknya.Setiap dialog seperti membunuh pun mereka hafal.Bila kita tanya cita2 nk jadi apa..nk jadik macam Kongsi kerana heronya diangkat berbanding karekter polis.Bila besar nak pergi Thailand…aduh sbg ibu risau betul sy..

Sekarang ni banyak sangat filem-filem tempatan bercorak ganas spt kongsi,gangster dan macam2 lagi tajuk.Teringat zaman belajar dulu, masa tu selalu kena buat karangan berkaitan Kesan Menonton Filem Ganas,Seks dan Lucah dari Barat.Banyak kesan-kesan negatif berbanding positif yg diceritakan dan disenaraikan oleh pakar2 pendidik tapi sekarang dimanakah suara-suara itu, kita bukan sahaja bimbang dengan filem Barat yang sememangnya diketahui membawa budaya ganas dsbgnya tetapi kini filem tempatan juga memaparkan aksi2 ganas,bermacam cerita bercorak ganas yang agak tidak sesuai dengan masyarakat melayu ditayangkan seolah-olah ianya merupakan satu hiburan kepada masyarakat.Kadang-kadang waktu kita menyambut hari raya pun ada ditayangkan untuk tontonan seisi keluarga.

Bagi kita golongan dewasa mungkin dapat berfikir baik buruknya dan ianya sebagai hiburan dan lakonan semata2, tetapi bayangkan filem bercorak sebegitu ditonton oleh generasi muda yang masih segar dan kosong pemikirannya umpama span menyerap semua yang ada dipersekitarannya?.Anak-anak yang baru mengenali dunia ini mungkin terkeliru dgn mengatakan inilah budaya kita.

Kat bawah ni artikel yang saya baca hari ni di Harian Metro: Read the rest of this entry

Beyond Water

Keperluan Bagi Anda yang Menyayangi Diri dan Keluarga

My Genius Baby - Qarissa & Quzayra

Apa Sajer ttg Kehidupan

Pakar Pemakanan

Pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, ibu, wargaemas dan masyarakat keseluruhannya

zaharuddin.net

Apa Sajer ttg Kehidupan

Ibu Bapa Bijak

Apa Sajer ttg Kehidupan

Apa Sajer ttg Kehidupan

masam manis

Apa Sajer ttg Kehidupan

ondscene.my

Reality in Real Life