About

Assalamualaikum..

Hai!!!
Nama saya Norhafizah Saaid. Walaupun blog ni bernama PrettyDahlia tp nama sy bukan Dahlia tau..:-) Saya berasal dari negeri yang terkecil sekali di Malaysia nun jauh diutara iaitu Perlis. Walaupun sy lahir di Perlis tetapi sy membesar di merata negeri di Malaysia spt Kedah,Johor,Sarawak dan Negeri Sembilan.Sekarang sy menetap di Kuala Lumpur.Saya merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada 3 orang cahaya mata lelaki yang comel2 belaka.:)

Selamat datang ke blog PrettyDahlia. Blog di mana terhimpun pelbagai cerita untuk dikongsikan dan di jadikan sebagai panduan dan rujukan bagi sy sendiri, anak-anak dan generasi akan datang. Mana2 yg baik boleh dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Sy sgt bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya, Blog ini dapat direalisasikan.PrettyDahlia merupakan sebuah blog peribadi yg menceritakan “Apa Sajer Tentang Kehidupan” berkaitan pengalaman hidup yang dipenuhi dengan pelbagai ragam,cerita dan berita.

Sebenarnya idea untuk mengilhamkan blog ini telah lama tercetus sejak tahun 2007. Pada waktu itu blog saya mempunyai domainnya sendiri iaitu http://blog.seridahlia.com. Namun begitu, saya tidak aktif mengupdate blog ini disbbkan oleh  beberapa kekangan yg dihadapi  sehinggalah domainnya expired pada hujung tahun 2011. Akhirnya, sy membuat keputusan untuk menutup terus blog ini ditambah masalah berkaitan hosting dimana sy tidak mempunyai “access” kpd hosting tersebut. Pada bulan September 2012 ini terhasil lah blog baru sy iaitu https://prettydahlia.wordpress.com/. Insyaallah, saya akan menaiktarafkan blog ini di  kemudian hari.

Kenapa sy pilih nama  blog ni Dahlia?  Sbbnya sy suka bunga Dahlia yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna.Dahlia juga menggambarkan nama seorang perempuan dan ianya  bersifat universal.Selain itu, dulu sy pernah berhasrat untuk memberikan  anak perempuan dengan nama Dahlia kerana  anak lelaki yg sulung bernama Danial, tetapi buat masa sekarang sy hanya mempunyai 3 hero, so nama Dahlia hanya tinggal pada blog ajer la….:-)

Memandangkan saya masih setahun jagung dalam dunia bloging, masih ada banyak yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan lagi. Mungkin ada pandangan, idea atau penulisan dalam blog ini tidak disenangi dan dipersetujui, sy mohon  maaf kerana setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan, yg penting kita perlu sentiasa belajar dan saling tegur menegur demi  sebuah kebaikan.Sy amat mengalu-alukan sumbangan idea, komen, teguran, dan apa sahaja yang sesuai.

Sebarang pandangan atau apa-apa permasalahan boleh juga email kpd saya di: seri_dahlia@yahoo.com

Thank you for dropping by and I hope you enjoy reading my blog!

XOXO,
Fizah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Beyond Water

Keperluan Bagi Anda yang Menyayangi Diri dan Keluarga

My Genius Baby - Qarissa & Quzayra

Apa Sajer ttg Kehidupan

Pakar Pemakanan

Pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, ibu, wargaemas dan masyarakat keseluruhannya

zaharuddin.net

Apa Sajer ttg Kehidupan

Ibu Bapa Bijak

Apa Sajer ttg Kehidupan

Apa Sajer ttg Kehidupan

Apa Sajer ttg Kehidupan

masam manis

Apa Sajer ttg Kehidupan

ondscene.my

Reality in Real Life

%d bloggers like this: