Eksperimen kesan tonton filem ganas


Hari ni baca kat paper HMetro berkaitan budak sekolah rendah yang dibuli dan membuli rakan2 sekelas teringat anak2 saya. Sbb sy pun pernah risau bila anak sy sendiri berusia 4 dan 7 tahun pernah menonton cerita2 ganas seperti filem Kongsi.Kesannya selepas itu dia meniru setiap aksi,gaya percakapan gangster didalam cerita tersebut semasa bermain dgn adiknya.Setiap dialog seperti membunuh pun mereka hafal.Bila kita tanya cita2 nk jadi apa..nk jadik macam Kongsi kerana heronya diangkat berbanding karekter polis.Bila besar nak pergi Thailand…aduh sbg ibu risau betul sy..

Sekarang ni banyak sangat filem-filem tempatan bercorak ganas spt kongsi,gangster dan macam2 lagi tajuk.Teringat zaman belajar dulu, masa tu selalu kena buat karangan berkaitan Kesan Menonton Filem Ganas,Seks dan Lucah dari Barat.Banyak kesan-kesan negatif berbanding positif yg diceritakan dan disenaraikan oleh pakar2 pendidik tapi sekarang dimanakah suara-suara itu, kita bukan sahaja bimbang dengan filem Barat yang sememangnya diketahui membawa budaya ganas dsbgnya tetapi kini filem tempatan juga memaparkan aksi2 ganas,bermacam cerita bercorak ganas yang agak tidak sesuai dengan masyarakat melayu ditayangkan seolah-olah ianya merupakan satu hiburan kepada masyarakat.Kadang-kadang waktu kita menyambut hari raya pun ada ditayangkan untuk tontonan seisi keluarga.

Bagi kita golongan dewasa mungkin dapat berfikir baik buruknya dan ianya sebagai hiburan dan lakonan semata2, tetapi bayangkan filem bercorak sebegitu ditonton oleh generasi muda yang masih segar dan kosong pemikirannya umpama span menyerap semua yang ada dipersekitarannya?.Anak-anak yang baru mengenali dunia ini mungkin terkeliru dgn mengatakan inilah budaya kita.

Kat bawah ni artikel yang saya baca hari ni di Harian Metro:

KUALA LUMPUR: “Pengamatan mendapati pengaruh filem atau drama ganas dipaparkan di televisyen turut menyumbang berlaku kes jenayah. Kesannya, eksperimen dijalankan adalah dengan membalas terhadap rakan sekelas,” kata Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Hussain Habil Mohamad.

Menurutnya, beliau percaya kebanyakan kes buli berlaku di kalangan murid yang teruk prestasi akademik.

Bagi menangani masalah itu, katanya, guru perlu lebih peka dengan situasi berkenaan.

“Sekiranya nasihat tidak didengari atau hukuman tidak dihiraukan, sewajarnya rujuk kaunselor atau pakar psikologi,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai lima murid tahun tiga di sebuah sekolah di Petaling Jaya yang bertindak samseng apabila membelit leher rakan sekelas dengan tali pinggang selain memukul mangsa.

Laporan berkata, kelima-lima murid terbabit turut mengugut membunuh dan mencampak mangsa dalam hutan semata-mata kerana tidak menyukai rakan mereka itu.

Dr Hussain berkata, masalah buli dan jenayah yang kian menjadi-jadi di kalangan murid membimbangkan banyak pihak terutama guru serta ibu bapa dan sekiranya tidak dicegah di peringkat akar umbi dikhuatiri menjejaskan keamanan dan keharmonian Malaysia suatu hari nanti.

Beliau berkata, kes juvana yang membabitkan pelajar sekolah ketika ini menunjukkan peningkatan dan disifatkan sebagai masalah tingkah laku yang berpunca daripada masalah dalaman keluarga.

Katanya, kajian psikologi menunjukkan masalah yang sering menimpa murid dan pelajar berpunca daripada kelemahan sistem keluarga yang mengakibatkan anak-anak berhadapan risiko dan akibatnya.

Advertisements

Posted on October 4, 2012, in News Review and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Beyond Water

Keperluan Bagi Anda yang Menyayangi Diri dan Keluarga

My Genius Baby - Qarissa & Quzayra

Apa Sajer ttg Kehidupan

Pakar Pemakanan

Pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, ibu, wargaemas dan masyarakat keseluruhannya

zaharuddin.net

Apa Sajer ttg Kehidupan

Ibu Bapa Bijak

Apa Sajer ttg Kehidupan

Apa Sajer ttg Kehidupan

Apa Sajer ttg Kehidupan

masam manis

Apa Sajer ttg Kehidupan

ondscene.my

Reality in Real Life

%d bloggers like this: