Dance in The Rain

List Menu Bekal/Sarapan Pagi Anak-Anak

  1. Roti John
  2. Spaghetti Carbonara
  3. Spaghetti Bolognese
  4. Spaghetti cheddar cheese with mushroom
  5. Nasi goreng
  6. Mee hoon goreng singapore
  7. Mee hoon sup + sambal kicap pedas
  8. Maggi goreng (goreng atas kuali bkn goreng instant tu)
  9. Makaroni goreng
  10. Lempeng
  11. Roti cicah sup cendawan campbell
  12. Eggs bread toast + baked beans (roti celup telur pastu campak dalam kuali leper) <— bhahaha!!
  13. Eggs with cheese bread toast (roti selitkan dgn keju, celupkan dlm telur, campak dlm kuali leper)
  14. Roti hotdog belah tengah2 (yg mcm roti A&W tu)
  15. Roti jala + kari ayam
  16. Nasi lemak berlauk
  17. Sandwich scrambled eggs 
  18. Burger daging special homemade
  19. Daging burger / daging cincang masak tomato + cicah dengan roti 
  20. Burger benjo homemade

Read the rest of this entry

Amalan Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

murah-rezeki

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

01.Menyempatkan diri beribadah

Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

Read the rest of this entry

Petronas Twin Towers: Pretty In Pink

KLCC is pink today in support of Breast Cancer Awareness. For the first time, the country’s most iconic buildings are being illuminated in the signature pink of Estee Lauder Companies’ annual global breast cancer awareness campaign.

Organised by Estee Lauder Malaysia, it is one of many events aimed at educating women about the importance of early detection and treatment, and raise funds for cancer research.

ImageImageImageImage

Aman Ville@Space U8 Bukit Jelutong Shah Alam

Baru ni  pergi ke Space U8 yg berdekatan 5 min jer dari rumah,plan nk pergi beli ikan dekat SEGI Fresh dlm Space U8 tp tersangkut pulak dekat AmanVille atas permintaan anak-anak.Dah lama anak-anak mintak nak masuk dlm ni akhirnya hari ni tertunailah hajat mereka sbb mama dia bermurah hati nk belanja main dalam tu.
Agak mahal nak main dlm ni..harga ikut umur..Untuk ketiga2 org anakku plus stokin semuanya RM56.00.itu pun pergi waktu weekday, kalau Public Holiday and weekend lagi 2x gandalah jawabnya.Anak-anak mmg happy kat sini so berbaloi gak sekali sekala kan…

Untuk maklumat lanjut http://www.amanville.com/.

Sesiapa nak organise Birthday Party kat cni pun boleh…

p3p2

p1

p4

Aper La Nasib…Blog Oh Blog

Salam,

Malam ni tetiba rasa nak berblog, dah lama tk post apa2…bila tgk balik tarikh rupanya2nya hari ni genap setahun dari blog ni bermula…huhu..mmg betul la sy ni update blog setahun sekali..hehehe.Apa boleh buat dah nasib badan..asyik tk sempat jer…plus minat tk minat..

Mama Bosan vs Mama Busy

Baca paper HMetro bahagian utama hari ni,tak terulas aku..hahha..MAMA BOSAN ker MAMA BUSY ker hakikatnya sedikit sebanyak anak2 mesti terabai kalau dah mak2 nyer dok depan komputer atau laptop..maklumlah zaman skang zaman serba canggih ,dunia tanpa sempadan.Mak2 pun ramai yg pandai menggunakan  teknologi yg ada.Anak2  ku pn  kdg2 tak terurus gak biler mak nyer mengadap pc,padahal  curi2 masa nk suft internet atau buat kerja, tk lama pun itupun anak2 ku dah rasa mcm terabai sket..sket jer..hahah.Inikan pulak kalau mak2 yg ketagih main game mcm ni. Kesian anak2 kalau jadi mcm ni.Semoga aku menjadi org yg bijak menguruskan masa supaya minat dan tanggungjawab dapat dilaksanakan sebaik mungkin..

Zulfahmi Delivers Malaysia’s First MotoGP Podium

JANJI Muhammad Zulfahmi Khairuddin untuk menaiki podium di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali gus mencipta sejarah untuk negara, menjadi realiti apabila pelumba sensasi berusia 21 tahun itu menduduki tempat kedua saingan Moto3 semalam walaupun dia sebenarnya hampir memenangi perlumbaan itu.

Jika tidak kerana kesilapan ketika dua selekoh terakhir menuju ke garisan penamat yang memberi ruang kepada pelumba Red Bull KTM Ajo, Sandro Cortese memintas untuk memenangi perlumbaan itu, Zulfahmi sudah pasti menikmati kejayaan lebih manis di depan penyokong sendiri.
Namun tempat kedua dengan catatan 40 minit 54.151 saat sudah memadai buat pelumba AirAsia SIC Ajo itu untuk mencuri tumpuan 77,000 penonton yang hadir di SIC untuk menyaksikan saingan itu.

Pada perlumbaan itu, Zulfahmi yang bermula di petak pertama, bagaimanapun ketinggalan seawal pusingan pertama selepas Jonas Folger memotongnya dan memimpin saingan sehinggalah pertengahan perlumbaan.
Namun di pusingan ke-11, pelumba dari Banting, Selangor itu memotong Folger dan memimpin saingan sehingga pusingan terakhir tapi Cortese yang sudah mengesahkan kejuaraan dunia bagi kelas Moto3 hasil kemenangan semalam, memintasnya pada dua selekoh terakhir itu.
“Saya melakukan kesilapan di dua selekoh terakhir itu dan ia membenarkan Cortese untuk memintas saya. “Saya cuba untuk berada semula di depan pada selekoh terakhir tapi saya terlewat menekan brek. Kami bergesel sedikit dan saya kemudian memutuskan tempat kedua lebih baik daripada terjatuh.

“Apapun, saya memang percaya sebelum perlumbaan, peluang untuk menaiki podium agak cerah kerana jentera saya berada dalam keadaan terbaik. Kedudukan kedua itu sudah cukup baik tapi saya percaya kemenangan akan hadir tidak lama lagi. “Terima kasih juga kepada semua penyokong yang hadir di Sepang,” katanya yang menyambut hari jadi kelmarin.
Cortese yang juga rakan sepasukan Zulfahmi, memenangi perlumbaan sekali gus muncul juara dunia dengan pungutan 280 mata manakala tempat ketiga milik Folger. Cortese mencatat 40:54.123s manakala Folger, 40:54.370s.

Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan akan menyertai Grand Prix Australia, minggu depan.

Sumber: Harian Metro

Follow Zulfahmi di Official FB Fanpage

Ulasan: Anak sy Danial (7 Tahun)  minat sangat dgn MotoGP ni, asyik ajak pergi Sepang.Sibuk dok tanya Sepang tu dekat mana..Putrajaya ker..hihi.Ni semua pengaruh main game MotoGP la ni.Cita2 pun nk bawak MotoGP..ish risau mama dia bawak2 moto ni..hahaha

Kek Red Velvet Meletops

Salam,

Mesti ramai yang dah pernah makan kek Red Velvet kan. Saya dgn family plk inilah baru first time nak cuba Red Velvet.hihi.So, masa birthday husband baru ni sy order kek ni secara online di Facebook iaitu dgn Anies Bake House.Sedap kek ni, beza kek ni daripada kek biasa sebab ianya berwarna merah seperti baldu dan cream pulak guna cheese cream.So rasanya masam2 manis..Alhamdulillah husband dgn anak2 suka.Sy request theme MU with cream roses design.Overall nmpk merah putih kan mcm MU  tp silap plk kami semua tak pakai baju warna putih atau merah kan..hihi.

Happy Birthday to Abah..We all love you…

63 petua untuk amalan pasangan suami isteri

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
Read the rest of this entry

Beyond Water

Keperluan Bagi Anda yang Menyayangi Diri dan Keluarga

My Genius Baby - Qarissa & Quzayra

Apa Sajer ttg Kehidupan

Pakar Pemakanan

Pemakanan sihat untuk bayi, kanak-kanak, ibu, wargaemas dan masyarakat keseluruhannya

zaharuddin.net

Apa Sajer ttg Kehidupan

Ibu Bapa Bijak

Apa Sajer ttg Kehidupan

Apa Sajer ttg Kehidupan

Apa Sajer ttg Kehidupan

masam manis

Apa Sajer ttg Kehidupan

ondscene.my

Reality in Real Life

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.